Tuesday, June 30, 2009

second trimester

Pejam celik pejam celik kejap jer dah nak masuk bulan julai dah..dalam lebih kurang sebulan lebih lagi dah nak masuk Ramadhan..Hmm seronok pulak rasanya dah nak posa ni.Harap-harap tahun ni pon dapat berpuasa penuh sama masa preknen kan kakak n adik Insyaallah.Masa preknen kan kakak dulu masa tuh kalo tak silap preknen 5 bulan n masa adik pulak preken 6 bulan.sekarang ni saya dah masuk second trimester Alhamdulillah n Insyaallah masa puasa ni saya dah 7 bulan la masa tuh.



Dah masuk second trimester ni kurang la sikit morning sickness or shud i say all day long sickness hehehe.Alhamdulillah dah kurang la sikit muntah2 tuh,selera makan pon ok jer cuma saya dah kurang makan kat kedai coz tekak ni mengada-ngada nak makan masakan sendiri.so nak tak nak kena la rajin-rajin masuk dapur.itu la pasal kekadang macam-macam idea yg timbul.sekarang ni makanan yg paling saya suka laksam la..kalo bole hari2 makan laksam pon tak pa.Hmm dah la leceh skit nak membuatnya kalo sorang2 memang tak tau kol berapa bole makan la.semalam pulak buat laksa asam.ok la rasa dia cuma saya rasa macam ada yang kurang apa yerr..




Berat : 53kg

weeks : 18

Monday, June 29, 2009

ballet kelas

tengah tunggu nasi ayam





muka baru bangun tido



Friday, June 26, 2009






semalam pegi sime Darby med centre subang jaya.anak buah masuk wad,coz patah tngan masa main bolw.

Thursday, June 25, 2009


Semalam rasa nak makan stik pulak so, pegi la kat sakura kristal.memang best stik dia lembut je.saya makan sirloin stik,dear hubby pulak nasi goreng black pepper, garden salad n oxtail soup,kakak makan maryland chicken n adik chicken wing.

Tuesday, June 23, 2009

daging masak merah







laksam yang sedap

Khas untuk ci puan Rina
selamat mencuba .dah buat tu calling2 la ye


resepi laksam
sumber yani@myresepi yhanks to Yani

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3cwn tpg beras (saya guna cap gajah tunggal)
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
>> Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
>>cili:
cili merah
belacan
garam
limau
Cara-cara
Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap (dlm 5 min supaya tak melekat)sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Thursday, June 18, 2009

mari membuat laksam

steamer yang baru di beli


Alhamdulillah menjadi jugak laksam saya
Laksam yang siap dipotong

Ulam-ulaman bagai




Dah siap jemput makan yummyyy

saya mengidam nak makan laksam.nak beli kat pasar malam macam tak kena pulak dengan tekak saya nih.So nak tak nak kena la rajinkan diri buat seniri laksam yang kena dengan selera saya yg mengada2 nih wehehee.nasib baik la menjadik and sedap pulak tuh heheheee.Dear hubby pulak memang tak makan laksam nih lemak semacam katanya.Anak2 pulak ok jer.

Monday, June 15, 2009

sg congkak













Ni seme pic masa pegi sg congkak air sabtu lepas.


Friday, June 12, 2009

Giant Kota damansara




Nasi goreng kampung killiney kopitiam ..sedap


Hari rabu lepas saya bercuti.tak tau mana nak pegi last2 pegi kat kota damansara je,ni semua gara2 tengok jalan jalan cari makan la ni dek terliur tengok maria makan nasi goreng kg kat killiney kopitiam.nasib baik sedap berbaloi gak la pegi jauh2.

Tuesday, June 9, 2009

Siakap stim lagik

Ikan siakap (separuh) before distim

Tengah stim


wallaaa dah siap separuh siakap stim
alhamdulilah setelah mencuba pelbagai resepi ini adalah hasil yang terbaik (bagi saya la)...dah bole challenge sri tujoh nyer nih wahahaaa..Makan tengah panas-panas huh memang sedap tak yah lauk lain pon takpa.

Monday, June 8, 2009

weekend arituh penuh jugak ngan xtvt..Ptg pegi Rawng umah x nebor.dulu dia dok kt SG dah 3 taun pindah kt Rawang .Cantik betul umah dia.Anak2 dara dia 3 orang pon dah besar2 comel2 pulak tuh.Dah siap2 nak balik tuh si kakak pulak berdrama airmata siap nangis2 lagik mintak nak tido sana.Padahal sebelum ni mana penah dia berenggang ngan saya nanti kang nangis malam2.Saya memang tak kasik la.

ari ahad pulak pegi kenduri kt Bora Ombak ampang best jugak menu dia ade nasi minyak.acar,dalca,kari daging n ayam masak merah.Biasa saya tak suka makan nasi minyak arituh rasa nak try pulak nasib baik sedap.Dari bora Ombak terus pegi PJ umah kak long.Makan laksam pulak, sedap..cuma x bole makan banyak sangat nanti kuar balik.makan sikit2 tapi berulang la .my favourite sedap sangat .malam baru la balik umah .

Friday, June 5, 2009

siakap stim limau

Semalam teringin nak makan siakap stim limau,nak makan kt kedai tatau mana yg sedap.dulu selalu makan kat kedai makan sri tujuh kt sri gombak ni but derang dah pindah tatau mana.Siakap stim dia memang sedap pada tekak saya la.banyak kali jugak dah try kt kedai lain but tak bole lawan lagi stim limau Sri tujoh ni.kat mana la dia pindah eh??Last2 semalam beli je 2 ekor siakap kat pasar malam.sekor dah selamat kena stim semalam heheh ..sedap gak..Hmppp.

Wednesday, June 3, 2009

Tuesday, June 2, 2009


Today si kakak nak mengikut ke office.bawak kakak adik pulak nak mengikut menangis2.soh pegi mandi tanak.Mama dah lambat bawak kakak je.terpaksa pekakkan telinga je la dengar dia nangis.Biasa memang dia tak ngikut,tapi dah tengok kakak ikot dia pon nak ikot sama la.

Monday, June 1, 2009

Jusco







Last friday tghari hubby antar saya n office mate pegi jusco.dan seperti yg dijangka memang la ramai manusia berpusu2 ke sana.Dari luar dah nampak dengan kete yg diparking kat luar n jam sepanjang jalan masuk.Sampai2 je terus la saya serbu kt ladies department survey for maternity clothes.Hmmp tak banyak choice sangat.Tapi beli jugak la 4 helai tshirt and 1 pant.pas tu terus pegi kt tingkat 1, kids departmen pulak.tak de beli baju pun just beli sandal kat kakak and ellis.Dah siap beli sume dlm 2.30 dah kuar dari jusco huhuu pening kepala panas kt dlm jusco tuh.