Friday, May 29, 2009

jcard fiesta

Today ade JCard Fiesta kt W maju..hmmm nak pegi la tghari nih,soh dear hubby antarkan je malas nak bersesak sesak cari parking nanti.hari ni for sure la sesak kt jusco.Saya lagi suka shopping esp time2 sale macam ni alone je,bukannya tak nak bawak anak but,tau je la kan kalo time sale macam ni org pon ramai dengan nak memilih lagi nak tgk derang lagi so,lagi la cepat kalo shopping sorang2.Sorry ek kakak n adik next time mama bawak u all eh.banyak jugak barang2 yg dah list down nih antaranya,

Miki maternity
ladies innerwear
kid's apparel
stationery...

Wednesday, May 27, 2009

makan-makan

Air asam

Ikan Siakap bakar

Daging goreng kunyit


Kacang panjang goreng cili



Semalam terlebih rajin pulak masak sampai 2 jenis lauk.Mula tu ingat nak bakar ikan je pas tu teringin nak makan daging goreng kunyit sama hmmm memang la nafsu makan betul.Makan takde la banyak mana pun.

Tuesday, May 26, 2009

Ini pulak Mangga muda yang my nebor kasi semalam.agak masam gak tapi best makan colek.

makan

Ini adalah menu for dinner kami sefamily pada hari jumaat yg lepas.Ikan kembung bakar cicah "budu"yummyy sedappp.Biasanya menu kegemaran saya ialah ayam goreng..hari2 ayam goreng pun takpa but now sudah tukar suka makan ikan pulak.ikan kukus,ikan bakar or singgang menjadi favourite pulak.Hari sabtu pulak buat nasi lemak.Kiranya Bf n Lunch makan nasi lemak la.Dah petang baru pegi PJ,kt umah kak long makan char kuew tiau BIL yang buat.

Thursday, May 21, 2009

Tuesday, May 19, 2009

12 w







For this third pregnancy, pegi first check up this morning at APSH, Alhamdulillah everythings ok nampaknya.Jumpa Dr Fauziah,sama je dari first i jumpa masa pregnankan kakak until now tak ada bezanya awet muda jugak dr Fauziah ni.rasa selesa jumpa dr yang sama tak mo tukar2 lagi dah.lagipun my file pon dah ade kat hosp ni.Tekanan darah normal je but since i bagitau dia always pening2 gitu kena la amik blood test.Vitamins macam biasa la ade folic,calsium n neurogain besar2 pulak tu ubatnya.I bukannya takut makan ubat cumanya tak best bila dah muntah, ngan ubat2 tuh sekali kuar balik.So apa yg i praktikkan bila nak tido je baru amik all the vitamins tuh.So far ok la setakat ni,dah tido tu takde la bangun coz nak termuntah.So now im 12w,baru je melepasi first trimester.rasa macam lama nye lagi hehehe.dulu2 kalo tengok orang pregnant rasa cam sekejap je tup2 dah besalin.Apapun semoga semuanya selamat Amin.

Monday, May 18, 2009

Hafsya Insyirah









Baru je beli Pa&Ma keluaran jun, terbaca kisah satu family tertipu oleh Pa&Ma palsu.Kesian kat derang nih kena tipu kat sorang perempuan (melayu pulak tuh) ishh manusia macam ni pun ade kat dunia nih.Syabas jugak diucapkan kepada penulis yg terpanggil untuk bercerita pengalaman beliau iyela kekadang kita ni mudah sangat percaya kat orang.semoga pengalaman beliau ni menjadi pengajaran dan peringatan berguna buat kita semua.berhati-hati lah coz zaman sekarang ni macam2 taktik terkini dan terbaru lagi diguna pakai semata2 untuk menipu orang.








Agak frust jugak tgk takde gambar Hafsya Insyirah dalam kategori B untuk pertandingan bayi comel Pa& Ma 2009.Takde rezeki nampaknya.

kakak si pari-pari



Gambar diambil sebelum kuar umah nak ke Giant.Si kakak ni memangla suka pakai baju2 macam ni tak kira la nak gi mana pun even dok umah pon dia bole pakai gaun.tengok pon rimas n panas je kalo siang2 ari pakai baju cenggini.tapi dah dia suka layan je la...macam nak gi besday party pulak kan..ramai gak la org tengok2 kat dia..kelakar pulak saya tengok reaksi org ramai bila nengok dia pakai baju tuh.
"err pari-pari la","eh..ehh besday dia kot","ehh comel nyer",dan macam lagi la...

Thursday, May 14, 2009

kakak 3 yo


Ellis 6 mths

today pagi2 lagi dah pening kepala, makan tghari tadi dah selamat kuar balik dah.Hmmm rugi je kan makan dah la makan tak banyak mana dah tu kuar balik pulak huhuhu...Preknen kali ke 3 ni memang agak mencabar juga dari yg dulu.still ada Morning sickness n tak selera nak makan.Mintak2 dah masuk trim 2 nanti Insyaallah ok.Pagi tadi masa siapkan kakak nak pegi sekolah sakit pinggang pulak tak boleh nak tunduk adoiila.Dia siap cakap mama tak yah gi keje la kalo sakit hehee.kakak memang suka sangat kalo mamanya tak gi keje.

Wednesday, May 13, 2009


Me & my 2 dotter.Masa ni im about 5 weeks preknen.

Rezeki


Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan segala2nya.Yes dalam kes saya ni memang itulah yg terjadi.Dalam dok amalkan family planning and do the precaution, saya preknen.memang terkejut sangat laa..sebab memang takde perancangan nak tambah lagi buat masa ni .Adik pun baru 2 yo++.Apa2 pun saya bersyukur di atas kurniaan ini.Kiranya ini adalah rezeki yg tak ternilai bagi kami sefamily.Test tu dibuat dalam bulan 3 kiranya saya dah nak masuk 12 weeks dah.

Tuesday, May 12, 2009

Hujan oh Hujan

Cuaca sekarng ni memang panas,dah lama rasanya ujan tak turun.saya pon dah tak ingat bila last time ujan eh?sebelum ni tiap2 petang ujan turun.Bila dah cuaca panas mcm ni barula teringatkan ujan.bila time ujan pulak asyik la dok mengomel kenapa ujan pulak ari ni bla bla...memang la tak tau bersyukur kan.itulah hakikatnya manusia..saya tak kata org lain,ini adalah peringatan kepada diri seniri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan olh Nya..Alhamdulillah atas apa jua kurniaanmu Ya Allah.
Semalam ada la beberapa kali terjaga dan saya me "On" kan balik aircond.biasanya saya set kan dalam 2 jam je,tak elok la sepanjang malam tido ber aircon kan.bila aircond dah auto off je terasa panas and secepat kilat saya bangun on kan balik.si adik pon macam tak lena je tido,kejap2 bangun menyusu.nasib baik tak yah buat botol coz dia still BF lagi.Dah dekat nak suboh tu blackout pulak adoii la,so nak tak nak berpindah randah la kami anak beranak tido kat bawah.At least kt tingkat bawah takdela panas sangat.Bila tido dah terganggu memang la rasa macam tak cukup tido,now still mengantok lagi ni heheh..

semoga Allah turunkan ujan rahmat arini aminnnn...

Monday, May 11, 2009



layan gambar je la....
Weekend
Ari sat tak kemana2 just melepak n kemas umah sikit ngan kids.Kakak dikerah untuk mengemas mainan dia yg memenuhi ruang tamuku itu wehehee,tapi sekejap je la berkemas pas tuh bersepah balik Hmmm ..biasala kan budak2,takkan nak marah pulak derang nak main2.lagipon kalo berkemas je mainan tu tak berusik baik tak yah beli kan kalo setakat nk buat hiasan jer.Masa main ni la derang mencipta kreativiti derang,kalo sema tak bole,itu tak bole ini tak bole main, mcm menyekat daya kreativiti derang tuh huhh..Ini peringatan untuk diri saya seniri nih coz ade jugak la time saya marah derang suka menyepah2 barang.semoga saya lebih bersabar dengan kerenah anak2 yg ada kalanya memang mencabar.

Petang dah nak mlm barula rasa nak ke PJ umah k.long pulak..

Ari ahad ptg pulak mcm biasa ke GE Mall for ballet kakak, dah abis ballet pegi ke Kenny Rogers rasa nak makan ayam la pulak heheh....yummmyyy..

Friday, May 8, 2009

PD




Aainaa arissa


Trisya n her cousin

Gambar masa pegi PD bulan 3 arituh..

Thursday, May 7, 2009

gambar lagik







Jalan-jalan cari makan

Last nite dinner kat Sak*ura kris*tal,kt t.melawati.Sambil pegi ambik dear hubby fr opis terus dinner sekali.Best jugak dah lama tak pekena sirloin stik.The kids makan assam laksa je..Laksa dia sedap gak cuma agak pedas la skit for the kids.Tapi derang berdua nih memang suka pedas ikot mamanya la tuh.So ok je la derang makan.Dear hubby pon orde laksa gak(his favourite).Dah kenyang sema apalagi balik la tido..Si adik pulak tanak tido tension betul dah la saya ngantok giler.sebok ngajak mama turun bawah.sia adik ni memang tido lambat tak macam kakaknya masa kecik dulu kol 10 da tido.Bagi saya kol 10 tu da kira awal la.Sebab saya tido kol 12 hehee cuma sekarang agak cepat ngantok tuh yg nak masuk tido awal sikit but si kecik tu pulak yg tanak huhuhu...


Kakak pulak memang saya dah tetapkan waktu tido dia kol 10 mlm since dia dah masuk tadika,dulu ok la dah kol 10 soh dia gosok gigi n buang air suma pegi masuk tido.Now bila adik dah besar sikit kira dah bole buat kawan main memang la liat sikit nak soh dia tido.macam2 alasan dia bagi.Kiranya makin kita soh tido makin galak la dia bermain.kadang sian gak tgk dia tengah syok2 main dah kena tido lak.but nak buat cam mana kan dah buat peraturan kena la konsisten.Lagipon tanak la dia ngantok masa kat sekolah esoknya.But kalo weekend memang ada kelonggaran la, bole tido lambat sikit.

Today kakak pegi ke Dino Park KLCC ikot rombongan sekolahnya, Qdees Batu Caves.Balik umah semalam dia bagtau teacher soh mama ikot sekali.saya kata mana ade mama ikut sekali,but berkali2 dia cakap,then i call the teacher.memang betul la rombongan tuh for kids je hehee.

Wednesday, May 6, 2009

Gambar

hafsya & adik(cousin). Lahir tahun sama cuma Beza 9 bulan.
Adik

Kakak memang ratu berposing


Dah dapat cd from EOG semalam, thanks zubye.sema pic memang cantik2.Photoshoot ni di buat kat Putrajaya wetland.cuaca ari tu pon memang cantik cuma agak panas la.Tapi bebudak 3 org tu ok je.Masa mula2 sesi tuh si kakak n Hafsya ok cuma adik je still dlm mood tido lagik lom charge bateri lagik hehehe...dah makan donut barula nak senyum.Lama jugak sesinya ada dekat 2 jam.dah lama sikit kakak pon mula la bad mood.tak nak amik gambar lagi nak main je dah tak nak posing lagi.pas tuh sema pakat dok kutip buah kelapa sawit.derang mana penah jumpa buah ni tak macam mamanya dulu, buah kelapa sawit ni jadi mainan, siap makan lagi wahahahaa.almaklumla mama dulu memang dikelilingi pokok getah n kelapa sawit.

Tuesday, May 5, 2009

Inilah buah timun betik
Dah masak dah ni


Dah merekah bole terus makan hehe..

Dah siap potong-potong,Nak makan dia just
masukkan santan n gula sikit.emmm yummyy


Saya beli buah ni masa balik kg aritu.Dalam 4 biji.Buah ni memang sedap tiap kali balik kg memang la saya beli buah nih.

Monday, May 4, 2009

Sg Congkak

Kepak ayam bakar

Kakak berposing

adik yang takot air.kt belakng tu chalet yg we sewa











Hari buruh aritu pegi ke sg congkak.Malam sebelumnya dah siapkan kepak ayam nak bakar kat sana.siap buat air asam lagi.Pagi tu dlm kol 9 dah gerak ke sana.Orang pon tak ramai macam biasa maybe ramai yg balik kg.Acct tempat ni memang la tak menarik sangat kalo nak dibandingkan ngan tempat lain yg ade waterfall.air pon takat lutut je but memang selamat la kalo bawak budak2.ade chalet jugak.we all memang la sewa chalet coz senang kalo nak tukar baju ke apa n kalo ujan pon tak la risau.Kakak memang la suka sangat kalo ke sini sebab dia memang suka mandi.cuma si adik takot air sikit,n tak suka kaki dia pijak tanah or pasir yg melekat kt kaki dia.adoilaa asyik nak berdukung pulak.